BILANGAN YANG MELAWAT :)

Followers :)

kelip mata ^.^

Sunday, February 12, 2012

pentingnya keluarga untuk aku.

assalamualaikum.

keluarga penting untuk aku. kira rank kedua lah selepas Allah. aku memang bukan hamba Allah yang sempurna. maka, aku jugak sekaligus bukan family member yang perfect.

aku memang mengaku aku jenis yang suka sangat duduk rumah. even kalau aku sorang sorang. aku rasa banyak benda boleh buat. aku tak bosan. pernah je seminggu aku tak keluar rumah langsung. satu lagi tabiat aku, kalau aku nak keluar masa weekend or masa public holiday, aku rasa resah. sebab family ada kat rumah. lagi lagi mama aku. so, kalau kawan aku ajak keluar pun, aku keluar kejap je.

mama aku memang didik kita orang jangan keluar malam. aku pun memang tak suka sangat keluar malam. plus, aku rasa tak secure untuk aku keluar malam. baik dari segi kesihatan, mahupun keselamatan sendiri. pukul 5.30 je, mama akan call aku tanya kat mana kalau aku belum balik. sebelum pergi mana mana, memang aku kena bagitau mama aku. bila dah sampai tempat tu, message lagi sekali. tapi betul, aku tak pernah rasa terkongkong. sikit pun tak.

kalau jalan jalan dengan family, memang aku suka. senang. boleh pergi jalan lama lama dengan rasa selamat. pergi shopping, makan semua tak payah bayar. HAHA. itu lah aku. selalu aku je sorang keluar dengan mama and ayah. so, apa lagi. memang nak apa je mesti dapat lah. lagi lagi pulak merangkap cik driver terbilang kan. kena lah demand lebih.

aku tahu family aku tak sebahagia macam family dalam tv. aku tahu jugak adik beradik aku tak pernah tak bergaduh. aku pun tahu yang family aku tak kaya macam family dato' dato'. tapi aku bahagia bila aku ada dengan dorang. aku memang tak boleh gambarkan dengan kata kata macam mana aku sayang dan adore my family.

tak ada apa yang lebih buat aku gembira selain daripada tengok family aku bahagia. sebab kebahagiaan dorang semua, bagi 100 kali ganda kebahagiaan untuk aku. :)


alhamdulillah ya Allah. kerana kau berikan aku satu keluarga yang cukup sempurna untuk aku meneruskan hidup aku.

aku tak cakap yang aku tak perlukan orang lain. cuma, aku akan tetap bahagia selagi family aku ada dengan aku. insyaAllah. :)

ada siapa siapa nak jadi family aku? :P
TERIMA KASIH daun keladi. :)

0 budak manis. (::

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails